LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan keperluan pengurusan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
"Sehingga kini kita belum dapat maklumat lengkap berkaitan dengannya. Pihak kementerian akan membantu perkara berkaitan dengan keperluan yang ada bagi memastikan supaya proses termasuk penghantaran (jenazah) dan sebagainya.
"Bagaimanapun kita serahkan kepada keluarga terlebih dahulu kerana perbincangan perlu diadakan dengan keluarga terbabit bagaimana pengurusan jenazah perlu dilakukan," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama UMNO Bahagian Lumut di Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas di sini hari ini.
Menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga terlibat, Zambry berkata kementeriannya juga sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung tiga lagi pelajar Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.
Terdahulu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ketika dihubungi Bernama mengesahkan pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut daripada universiti sama sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra). - Astro AWANI/Shahir Omar
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Penduduk tempatan terkejut dengan kemalangan ngeri ragut tiga nyawa di New Zealand
Kejadian kemalangan maut yang terjadi di laluan ikonik berdekatan destinasi tarikan New Zealand menggemparkan warga tempatan.